1 Feb yang tak akan ku lupa..

diambil dari blog saya yang lama..

Hari penubuhan wilayah persekutuan..

Siapa yang tak tau tu hari apakan..
Mesti seronok tengah cuti..
Dapat jalan-jalan.. Lepak-lepak..
Tapi..
Pada hari tu jugalah berlaku satu peristiwa..
Peristiwa yang memang takkan aku lupa sampai bila-bila..

Ceritanya bermula pada malam Sabtu 31 Jan 2008..
Che Nat datang lepak sekali ngan kitorang macam biasa(rutin harian)..
Dia ada ajak aku keluar bersama ke KL..
Pusing-pusing town katanya..
Tapi aku tak nak pegi..
Sebab esoknya aku ada Co-Q..

Ntah kenapa aku cakap cam tu pulak..
Biasenya orang ajak aku keluar,
aku laju je nak keluar..
Tapi malam tu laen sangat..
Tapi aku abaikan perasaan aku tu..
Mainan syaitan je kot..

So, Che Nat pun keluarlah bersama 5 memberku yang laen..
Aku pun pulanglah kerumah.. Da tak ada orang lepak, aku baliklah..
Takkan nak tunggu kat situ sorang-sorang pulakkan..

Pada 1 Feb 2008..
Petang tu aku ada menelefon Cieko..
Ingat nak ajak dia keluar..
Bosan lepak kat taman..
Cieko kata dia ada hal kat KL..
Lambat lagi nak balik..

Tak mengapalah..
Aku lepaklah dengan Angah(Jiran harmoniku)
Petang tu aku lepak macam biasalah..
Aku lepak di ‘Highway Mangge’

Tiba-tiba Bibir sampai kat aku dan Angah..

Dia kata..
Bibir :`Ko tak pegi tengok Che Nat`?
Aku : `Kenapa dengan Che Nat`?
Bibir :`Ko tak tau cite ke? Che Nat kene pukul. Sekarang dia kat PPUM. Dia tengah koma!`

……….
Ya allah.. Betul ke ni? Ke aku salah dengar?
Betul ke ni? Betul ke ni?

Tuhan sajalah yang tahukan perasaan aku ketika tu..

Aku pun bergegas ke hospital..
Sebaik sampai di hospital, aku dan kawan-kawanku menaiki lif untuk ke wad..
Sebaik sahaja aku sampai, aku bersalam dengan ayah dan adiknya(Al Nazirul)..

Ayahnya kata Che Nat teruk.. Tak stabil.. Tak sedarkan diri..
Tergamam aku mendengarnya..
Betul ke ni?

Rakanku mula masuk kedalam ICU..
Ketika itu hanya 2orang saja dibenarkan sekali masuk..
Aku mengunggu dengan penuh perasaan takut+gabra..
Macam tak percaya saja benda ni berlaku..

Kemudian kawanku yang masuk tadi keluar sambil mengesat air matanya..
Aku bertambah gabra.. Tapi aku ingin tengok juga keadaan Che Nat..
Aku pun melangkah masuk kedalam wad ICU dengan gabra..
Macam ade benda tak baik je..
Aku melangkah perlahan..

Akhirnya aku sampai kat katil Che Nat..

Ya allah…
Kenapa boleh jadi macam ni ya allah?
Kenapa?
Ni binatang ke apa ni?
Kejam!
Memang kejam..
Ini memang kerja binatang! Binatang yang cukup sial!

Anda bayangkanlah betapa pilu hati saya melihat Che Nat macam tu sekali rupanya..

Dia mengalami pendarahan otak(darah beku) akibat dipukul dengan objek tumpul, kakinya diselar dengan pisau, mukanya lebam-lebam..
Tak tahulah nak cakap macam mana lagi..

Saya menangis..
Bayangkan..
Saya da hampir 8 tahun saya tak menangis..
Tapi malam tu saya menangis..
Bukan kerana awek..
Tapi kerana kawan baik saya..

Saya terbayang.. Terfikir sejenak..
Betapa siksanya dia ketika itu..

Aduhh..
Peritnya..

Kenapa ada manusia macam tu?
Kenapa buat Che Nat macam tu?
Apa salah dia?
Apa salah dia?

Sekarang ini..

Da hampir setahun berlalu..

Dan Che Nat?
Masih macam tu keadaannya..
Terlantar dirumahnya..
Koma..

Che Nat..
Ini pesan kawan baikmu..

Kuatkan semangat..
Jangan layan sangat sakit tu..
Kami disini sentiasa mendoakan kau..
Cepat bangun ek Che Nat..

Sekian..

Klik sini dan sini untuk cerita dan gambar..
Penghargaan buat Uncle KS atas link ini.

Advertisements

~ by Zam on January 23, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: